Assalamualaikum! Salam Alaik!
harini hari jumaat.. sibuk sikit harini.. kena kemas rumah cepat-cepat.. kkta biasa kalau kemas rumah, bila ummi balik, kira everything kena settle.. tu my prinsip.. okay.. so harini macam nak cepat. jadi kita pakat masak hat sempoi sempoi je.. pagi tadi ummi ada tinggal kuah masak lemak, so si Haziq nak kena naik van pergi sekolah pukul 12.. sat karang si Along nak pergi solat jumaat then si Irsyad nak balik.. haigoo~~ banyak benda nak fikir.. then, kita masak ayam bakar madu.. settle.. tinggal je 40 minit, then boleh buat kerja lain... so, bahan-bahannya..
- 3-4 ketul ayam (suka-suka hati.. sebab iolss ada 4 mulut je nak bagi makan)
- planta/butter(iollss pakai butter yang lebih buat kuih raya) bubuh la 4-5 sudu
- madu of course! ikut la banyak mana mengkome nak
- garam cukup rasa
- bawang putih 3-4 biji tumbuk(cinciang pun okay)
so, nak masakkan dia, mula-mula mengkome cincang la dulu bawang putih.. kita tumbuk.. sebab macam cincang tu tebal sangat
lepastu, anaskan kuali masukkan butter and honey.. stir until it combine well.. biar dia mendidih.. kejap je kalau dia mendidih..tutup api.. ambil 2 loyang.. 1 hat kecik sikit satu hat besaq sikit. buat macam nak buat double boiler.. tapi, kita syorkan, korang bakar atas jering oven.. mesti sedap! dua-dua hangus sikit.. sebab kalau bakar dalam loyang, dia macam yang kat bawah tak berapa nak hangus.. yang atas je..
'double boiler'
okay..yang nak bakar kat dalam loyang, letak la aluminium foil dalam loyang.. agak-agak malaih nak sental loyang kan? lepastu masukkann ayam yang dah di mandikan dengan butter honey tadi.. bakar dalam suhu 250 dalam 40 minit.. lepastu lepas 20 minit, kalau ada butter honey lebih tu, jangan buang! lepsa 20 minit pertama, cuah yang lebih atas ayam yang tengah panggang tu.. macam buat ayam percik.. wiwiwi.. biar lagi 20 minit then angkat.. siap!
yumyum.
jengjeng..
ayam bakar
ikan celup tepung trggn
ayam semalam
tempoyak.. wiwiwiwi